12.30.2009

Muhasabah Cinta


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

12.26.2009

Tahajjud Cinta

-----------------------------------------------
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
-----------------------------------------------
Hhhmmmmmmmmm.....
Penuh Bermakna..

11.26.2009

ish3..

last post aku raye lepas..
lame giler xupdate.. bz aa skang ni n lappy pn xde kan..
tula payah nk update..
semalam aku dah tulis panjang giler.. skali xleh post..
ish3.. tgk kt draft pn xde.. lg la ish3..
xpela..nk wat camane.. kalo ade mase aku tulis semule..
huhu.. orite semua.. Thanks 4 viewing my blog..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAF ZAHIR BATIN

9.13.2009

Salam Aidilfitri..

Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini..
Dikesempatan ini.. saya ingin memohon maaf kepada anda semua andai selama perkenalan kita ini, ada terkasar bahasa mahupun tersalah bicara..
Kalo ter tu maknenye xsengaje la.. tp kalo yang sengaje tu.. mohon ampun dan maaf dari ujung kaki hingga hujung rambut..

Seminggu lagi nak raye.. InsyaAllah.. esok nk blk kg..
mungkin banyak keje menanti kat sane..
Semoga tahun ini akan memberikan seribu keceriaan kepada kita semua..

mm.. lagu kegemaran ku untuk anda semua..





9.11.2009

Best iklan raye ni..

dah lame xtgk iklan raye yang best2.. kalo dlu time raye.. kdg2 aku tgk tv bukan
nk tgk cite tp nk tgk iklan..ingt lagi iklan tnb yang mesin kelape tu.. xpun yang petronas nye
yang lembu tu..tp tu dlu.. sekarang payah dah nk dpt iklan raye yang best2..kalo nk save budget.. kuar iklan yang same je dr taun dlu2.. gile bosan..

tahun ni dapat la satu.. iklan ni best gak la.. iklan tm.. kabir baktiar yang wat..
selamat hari raye!


9.10.2009

Jiwang Karat.. Sekali sekale.. :)

Pergh Jiwang.. Xleh blah..

jujur..jujur…sejauh manakah kita jujur..sejauh manakah kita ikhlas dengan kejujuran kita..semuanya ada dalam hati..ada dalam fikiran.. bila cinta itu datang, InsyaAllah keikhlasan itu hadir..kejujuran itu utuh..walau sebesar manapun dugaan yang datang..walau seberat manapun diterkam..xada yang dapat meragut kesucian hati. hati yang tak mampu untuk menyakiti atau disakiti.. apabila matlamat itu jelas..xada yang dapat menghalangya..andai banyak yang datang menduga..jangan dituruti emosi..kembalilah ke matlamat yang asal..yang selama ini dipelihara..dijaga..dibelai dengan seribu harapan..hayatilah erti kejujuran..selamilah ianya sedalam dalamnya..agar apa yang diimpi bukan hanya illusi..agar jalan yang dituruti tidak merosakkan ikatan yang telah dibina..tiada apa yang hendak dibezakan..tiada apa yang boleh mnafikan..apabila ikatan itu telah terbina..apabila ikatan itu sedang terjalin..tiada yang selepasnya..jujur..jujur..kejujuran yang mampu menafikan..yang mampu menghalang sesiapa dari mncurinya..betapa pentingnya ianya..betapa perlunya ianya agar kebahgiaan terus berkekalan..

sayang.. memang sayang… sebagai manusia yang lemah.. kita sering melakukan kesilapan.. kita sering lupa..kita sering leka..kita sering hanyut dengan persekitaran..biasala..naluri manusia..adakalanya inginkn sesuatu yang baru..xsemuanya dugaan itu senang untuk dihadapi..xsemua dugaan itu boleh dibiarkan pergi..apabila melibatkan hati..kesannya bukan sehari.. ibarat luka yang kecil senang untuk diubat..tapi luka yang bsr perlu dijaga rapi..susah tuk diubati..dan jika sembuh pn, ianya perlu dijaga agar idak luka kembali..tapi hakikatnya..dekat dan jauh semuanya ada cabaran masing2..ada dugaan yang tersendiri..ada manisnya yang tersendiri..ada memorinya yg tersendiri..

bile bace mesti rase nk tergelak..

RON RON..


Hi satu Malaysia.. Minyak naik lagi..
Klik kt Gambo tuk tgk spec..

9.08.2009

Masih dipersimpangan.. hidup perlu diteruskan..

da lame xupdate blog ni... dlu mmg bz.. tp da dekat sebulan free giler.. xtau nk wat ape..
tulla.. bile xgrad lg.. pkir nk grad.. tp bile da grad.. pikir nk keje..
n dalam suasane sekarang ni mmg payah nk keje.. itu la realitinye..

Sememangnye aku xbese interview2 ni.. ni la yg kene bljr sekarang..haha.. belajar menggoreng sehangu2nya.. xtau la.. bulan puase ni seme slow atau mmg payah giler skrg ni..
orang ckp ekonomi semakin ok.. tp xpe.. kite tunggu dan lihat...
mencari dan terus mencari.. ape yang perlu difahami...
Rezeki masing2 dah ditetapkan oleh Allah SWT.. tapi kite kene cari.. kene berusaha..
InsyaAllah semuanye yang terbaik untuk kite...

kesibukan dlu mase menyiapkan projek mmg letih.. letih menunngu dan sebagainye.. bukan menyiapkan.. tp senang kate nk lepas je.. lame giler berhempas pulas.. macam2 masalah timbul tenggelam.. tu la.. macam2 dapat.. byk pengajaran yang diperolehi.. mmg tension gile.. tp sabar je la..kalo aku tulis kat sini mmg byk giler.. stat dari awal sem sampai abis... macam2 jadi.. tp Alhamdulillah semuanya setel..InsyaAllah.. ade hikmahnye disitu..

Ape2 pn.. hidup mesti diteruskan.. melangkah kehadapan..
menuju ke satu dimensi yang baru.. menongkah arus dan terus menggapai impian..
InsyaAllah.. Pengalaman yang lalu akan menjadi panduan..



8.13.2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Akhirnya satu penantian berakhir pada hari ini..

7.16.2009

Renungan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

7.05.2009

Nama tempat / kampung yang unik lagi menarik di Pahang

Pahang adalah negeri yang terbesar di semenanjung.. oleh yang demikian
banyak perkara yang menarik lagi unik untuk diterokai..
kawe bangge jd anok pahang (hahaha.. kenegerian)

berikut adalah name2 tempat yang unik lagi pelik lagi cantik menarik ko mmg deboom...

KG BUKIT UDANG ( Tempat kawe dilahirkn.. kat daeghoh Pekan.. tepi sungei pahang..bukan atas bukit ye..hehe)

Ni name jiran2..

Kg sepagor
Kg mambang
Kg susun

Jerantut

kg durian hijau
kg bukit nikmat
kg bantal
kg paya rajin
kg pisang
kg gong
kg bukit ketupat
kampung besul
kampung pedah
kampung tebing tinggi
kampung bukit ketupat
kampung gintong

Lipis

Kg Lentang
Kg Relai
Kg Kerambit
Kg Samak/Jani
Kg Lalang
Kg Sama
Kg Gua
Kg Beralas
Kg Dada Kering
Kg Berang
Kg Bapong
Kg Kechor Tui
kg limau purut
kg lalang
kg chat
kg serunai
kg jeram landak
kg padang puyuh
kg pasu
kg keledek
kat Budu

Temerloh

kg mambang berulang
kg megat segama
kg gajah mati
Kg Buntut Pulau
Kg Pangsenam
kg padang tenggala

Maran

kg bunian
kg chempedak


Raub

kg sempalit
kg jeruas
kg chenua
kg gali lurus
kg gali tengah
kg tanah bercangkul
kg durian sebatang
kg tanjung putus
kg cincin
kg jelu
kg ulu sungai

Bera

Kg Jeram Ular
Kg Tok Langit

Lain2

kg padang kerbau
kg kujan
kg lebak
kg tengah
kg jelam
kg mengkarak (dlm loghat phg, mekgkarak ni maksud die rosak/jahanam)
kg mengkuang

Kampungku..Kampungku..kau yang ku rindu..
disitu lahirnya kenangan semusim lalu..

inilah maknenye ketengan yang abadi

kebun durian.. ade lg tak tinggal tuk aku ni..

Sememangnya byk kenangan tercipta disini..

mmg kene tido tonggang tebalik kalo semenye balik..
Kalo ayah abang aku blk.. memang die pasang khemah kt bawah..

dalam kenangan: kebun pisang ni dah jadi rumah mak sedara aku.
tapak asal adalah pokok getah..

Proud to be Malaysian


hmm.. cube korang tgk video2 kat bawah ni.. dalam sibuk2 kite
mengagongkan lagu2 barat.. ade gak golongan mereka yang tau lagu2 kite..
tp lagu2 lame la.. lagu2 baru ni.. x feel..







6.26.2009

Hadis Palsu Rejab, Syaaban

Petikan dari http://drmaza.com/home/?p=646#more-646 ---> Dr Mohd Asri. aku copy skit je.. kalo nk bace penuh.. klik link kt atas..

Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)

Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.

Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).

Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.

Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)

Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.

Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).

Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

6.22.2009

hari demi hari..


bile ku lihat..

bile ku renung..
bile ku tenung..
aku yakin..
pasti ade sinar yang menanti..
disebalik duri-duri..
walaupun waktunya xpasti..
aku yakin..
kau pasti menanti..
ternanti nati..

6.17.2009

Kau yang bergelar wanita..

wahai kakak ku
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
asyik berteman tangis dan sendu sahaja

wahai adik ku
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
tetapi disitulah wahai adikku
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
menjadi izzah yang paling gah
bahkan lebih gah dari ego seorang lelaki
kerana sendu rayunya
Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun

wahai adikku
lembut wanita itu bukan lemah
tetapi senjata

namun wahai kakakku
wanita itu fitnah dunia

pernahkah adikku dengar
pesanan Ilahi pada hambanNya

Wahai lelaki-lelaki yang beriman
tundukkanlah pandanganmu
dan tutupkanlah auratmu

cuba adik nilai
pada siapa terlebih dahulu
Allah dahulukan pesananNya?

pada hamba yang bergelar ar-rijal

kerana andai lelaki menjaga pandangannya
maka tidak mungkin terlihat akan wanita
yang menjadi fitnah pada dirinya
dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita
agar memelihara auratnya
kerna disitulah kehormatannya

bukan fitnah semata-mata
jikalau ar-rijal dan anisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu
sesungguhnya wanita yang beriman
yang soleh itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

tapi kakak ku
kenapa wanita itu jadi peragaan
tidakkah mereka merasa malu

wahai adikku sayang
al-haya (sifat malu)
ada dalam diri setiap insan
wujudnya seiring dengan nafas insani
dan al-haya itulah pakaian iman
pada diri wanita itu indah al-haya sebagai pembenteng diri

namun
bila mana al-haya itu lebur
imannya runtuh

kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan
kerana mereka sebenarnya paranoid
merasakan diri belum cukup menarik
mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi

namun adikku
wanita soleh itu pasti melindungi diri mereka
dari perbuatan murahan itu

adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
pandai-pandailah dikau menilai
antara permata dan debu-debu kilauan pasir

wahai adikku
janganlah adik gusar
tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
dan janganlah engkau sekali-kali merendahkan dirimu
menggugurkan diri menyembah tanah
sedangakan engkau sebenarnya telah Allah jadikan
begitu tinggi martabatnya









6.13.2009

wat survey..

pagi tadi.. bangun kul 940.. mandi2 bersiap nk gi selayang..wat pe? huh.. gi wat survey..tapi masalhanye td aku xwat pun.. teman dak2 ni je..hahaha..
mmg aku ni sorang yang pemalu.. waawa.. nk tanye solan kat orang pn takut2..mmg xbebaloi la aku gi pagi tadi.. huhu.. tapi leh la gak aku tau perangai2 orang skit2 kn..
mmg ade cite best2.. tp xpela.. malas plak aku nk tulis panjang2..
cuma nasihat aku.. kalo sape2 yang nak wat survey..kalo korang survey orang tua, mmg ramah tamah la.. cam aku tadi siap dia ajak makan lg.. hhuhuh..tapai kalo nak survey orang muda ni, kadang2 dia cam x bape nak layan..So, pandai2 la nak idup..

6.11.2009

Penantian yang tak pasti

hmm.. saban hari aku pening memikirkan ape yang sedang aku alami sekarang ini..
suka atau tak, nak atau tak nak.. inilah realitinye.. menanti terus menanti dan terus mencuba ape yang termampu..letih... letih... letih...

aku yakin semua yang terjadi ini ade hikmahnye.. dan aku yakin semuanya ini akan berakhir..
InsyaAllah..

6.08.2009

Balik Kg

Alhamdulillah.. walaupn tengah serabut kepale otak ngan fyp.. sempat gak aku balik kg minggu lepas.. malam kamis aku betolak ngan adik aku.. pg tadi balik sini.. aku balik ni pun sebab sepupu aku kawin.. 1st sepupu aku yang kawin walaupn aku lah cucu lelaki sulong.. xkan la lelaki kawin awal kan.. tp jodoh pertemuan bukan ditangan kite...

Minggu lepas serabut giler.. ngan handphone aku ilang.. ngan fyp yang disuruh wat semule.. memang semuanye serabut.. pening kepale.. tp nk wat camane.. aku percaya semuanye ini ade hikmahnye yang tersendiri.. pressure tu mmg pressure.. tp ape boleh buat.. ini semua telah tertulis untuk aku.. aku wat je la ape yang patut sekarang ni.. makin banyak aku pikir makin bercelaru.. so wat2 biase dah la..

kepade sesape yang amik hp aku time aku tgh tido tu.. tahniah la atas keberanian ko.. aku rase orang2 dekat sini je..takpe la.. atas dunia leh lari.. akhirat nanti lari lah selagi mane ko leh lari..

ok.. hidup harus diteruskan.. InsyaAllah segalenye akan berakhir..

6.01.2009

Blog Baruku

Hmm.. gune name sendiri tuk blog sendiri lg elok kan.. akhirnye.. aku gune name sendiri tuk url blog ni..xsia2 aku register name ni dlu2..

Tgk post sebelum ni tahun 2004.. aku pn dah lupe sebenrnye url ni aku yang punye.. sib baik blh dapat semule.. n start dari skrg, 1Jun 2009.. ni la url yang aku akan gunakan untuk selame2nye.. InsyaAllah..

Sebenarnye dah lame aku bergiat dalam blog ni.. mase sekolah menengah dlu.. tp mase tu men try2 je.. mase tu blog mmg xglamer pn.. wordpress pn xde lg kalo xsilap atau dah ade tp aku je xtau kot..huhu..blogspot ni pn xglamer lg..
tp sekarang.. belambak2 dah orang wat blog..bagus sgt2..

Ok.. aritu dak2 auto berkumpul kat ulu yam sebelum memulakan haluan hidup masing2..mmg payah tuk kumpul dak2 auto kalo nak dibandingkan ngn dak2 major len.. tp ape yang pasti, program ni pasti lekat dalam memori kiteorang semua hingga ke akhir hayat.. harap2 akan ade rentetan dari program ni satu hari nnti..bile semua dah beranak pinak.. thanks kepade semua yang hadir.. n aku mintak maaf andai ade salah silap, terkasar bahaye n ape yang seumpame dgn nye.. semua yang bermula pasti akan berakhir.. 4tahun kite bersama.. semuanye indah untuk dikenang.. dalam meniti perjalanan hidup ini, doakan fyp aku berjalan lancar.. doakan semuanye dipermudahkan olehNya agar dapat aku meloloskan diri dari sini secepat mungkin dan mencari haluan baru untuk merencana perjalanan hidupku ini..doakan kejayaan kita bersama..