6.17.2009

Kau yang bergelar wanita..

wahai kakak ku
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
asyik berteman tangis dan sendu sahaja

wahai adik ku
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
tetapi disitulah wahai adikku
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
menjadi izzah yang paling gah
bahkan lebih gah dari ego seorang lelaki
kerana sendu rayunya
Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun

wahai adikku
lembut wanita itu bukan lemah
tetapi senjata

namun wahai kakakku
wanita itu fitnah dunia

pernahkah adikku dengar
pesanan Ilahi pada hambanNya

Wahai lelaki-lelaki yang beriman
tundukkanlah pandanganmu
dan tutupkanlah auratmu

cuba adik nilai
pada siapa terlebih dahulu
Allah dahulukan pesananNya?

pada hamba yang bergelar ar-rijal

kerana andai lelaki menjaga pandangannya
maka tidak mungkin terlihat akan wanita
yang menjadi fitnah pada dirinya
dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita
agar memelihara auratnya
kerna disitulah kehormatannya

bukan fitnah semata-mata
jikalau ar-rijal dan anisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu
sesungguhnya wanita yang beriman
yang soleh itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

tapi kakak ku
kenapa wanita itu jadi peragaan
tidakkah mereka merasa malu

wahai adikku sayang
al-haya (sifat malu)
ada dalam diri setiap insan
wujudnya seiring dengan nafas insani
dan al-haya itulah pakaian iman
pada diri wanita itu indah al-haya sebagai pembenteng diri

namun
bila mana al-haya itu lebur
imannya runtuh

kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan
kerana mereka sebenarnya paranoid
merasakan diri belum cukup menarik
mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi

namun adikku
wanita soleh itu pasti melindungi diri mereka
dari perbuatan murahan itu

adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
pandai-pandailah dikau menilai
antara permata dan debu-debu kilauan pasir

wahai adikku
janganlah adik gusar
tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
dan janganlah engkau sekali-kali merendahkan dirimu
menggugurkan diri menyembah tanah
sedangakan engkau sebenarnya telah Allah jadikan
begitu tinggi martabatnya









No comments:

Post a Comment